Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 23, 2016

POKEMON GO: PENDAKWAH INDONESIA BUAT TEGURAN


Pokemon Go: Pendakwah Indonesia buat teguran


Jakarta - Pendakwah Indonesia, Abdullah Gymnastiar atau lebih dikenali sebagai Aa Gym menegur rakyat negara itu susulan demam Pokemon Go yang melanda negara itu, baru-baru ini, lapor Islam Pos.

Beliau yang popular di Indonesia itu menulis kenyataan ringkas itu di laman mikro Twitternya.

"Mana yang lebih menguntungkan? Berburu Pokemon atau pahala?

"Semoga ada permainan yang boleh menyenangkan dan menambah pahala ya," tulisnya.

Permainan Pokemon Go itu menjadi satu fenomena baru-baru ini setelah dilancarkan malah sampai ada yang berhenti kerja semata-mata kerana mahu 'fokus' pada permainan itu.

Teknologi 'Argumented Reality' yang digunakan menuntut pemian berjuang untuk memburu Pokemon.

Ia dikatakan permainan yang lebih bermanfaat untuk pemain-pemainnya kerana mereka harus keluar memburu daripada hanya terperuk di rumah masing-masing.


0 comments:

share2