Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 28, 2016

[ROMPIN] BAIK PULIH BUMBUNG RUMAH PENDUDUK


Baik pulih bumbung rumah penduduk


Sebanyak enam rumah uzur terutamanya bahagian bumbung di sekitar Kampung Tanah Panjis dan Jalan Gemas, di sini, dibaik pulih hasil peruntukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Ketua Kampung Tanah Panjis, Tea Kieu Chai berkata, setiap rumah terlibat mendapat peruntukan sebanyak RM10,000 untuk tujuan berkenaan.

"Usaha ini dibuat selepas ambil kira beberapa faktor yang mana keadaan bumbung terlibat tidak selamat lagi untuk digunakan selain bocor, sekali gus menimbulkan masalah apabila musim hujan.

"Walaupun tiga rumah di Jalan Gemas bukanlah di bawah JKKK Tanah Panjis, tetapi kita tetap bantu agar keluarga terlibat dapat mendiami rumah berkenaan dengan lebih selesa.

"Kita mengambil masa sekitar seminggu untuk ganti bumbung baru," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Kieu Chai berkata, JKKK tidak pernah menjadikan isu perkauman untuk membantu penduduk setempat.

"Jika mereka susah, kita bantu. Isu perkauman tak ada dalam kamus kita kerana dengan adanya pelbagai kaum di kampung ini menjadikan kampung kita unik.

"Ianya akan menjadi lebih meriah apabila tibanya musim perayaan kerana bukan sahaja boleh berkunjung rumah jiran tetangga bila musim Deepavali, Aidilfitri mahupun Tahun Baru Cina.

"Oleh demikian, saya berharap penduduk dapat kekalkan silaturahim ini agar kampung ini sentiasa aman selain dapat menjalankan rutin harian tanpa sebarang gangguan," katanya.


0 comments:

share2