Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 28, 2016

MOHON BUAT GARISAN KUNING


Mohon buat garisan kuning


Kulim - Beberapa penduduk di Taman Melur Indah, di sini, memohon pihak bertanggungjawab mewujudkan garisan kuning di simpang masuk ke kawasan perumahan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk, Jamaludin Hashim berkata, jalan utama Jalan Air Merah-Junjung itu berselekoh dan membahayakan penduduk untuk keluar dan masuk ke kawasan perumahan.

“Jalan ini berselekoh, nak masuk ke kawasan perumahan pun bahaya, tambah lagi nak keluar ke Junjung. Ada garisan belang kuning tapi hanya di sebelah jalan saja.

“Kita harap pihak terlibat boleh segera mewujudkan garisan kuning bagi mengurangkan kelajuan kenderaan dan berjaga-jaga,” katanya.

Malah katanya, di kawasan itu juga kerap berlaku kemalangan maut kerana kekurangan ciri keselamatan.

“Boleh dikatakan sebulan sekali kemalangan maut, itu tak termasuk kemalangan biasa, sebab kebanyakan kenderaan lalu di sini, jalan pula berselekoh. Kalau ada garisan jalur kuning itu, kenderaan akan jadi perlahan sedikit,” katanya.

Tambahnya, aduan juga sudah dibuat kepada pihak berwajib, namun masih ada tindakan dilakukan.

“Kita harap mereka dapat segerakan kalau tak sesuai garisan jalur kuning itu guna lah kaedah lain yang bersesuaian bagi mengurangkan risiko kemalangan,” katanya.


0 comments:

share2