Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 21, 2016

REMAJA HILANG DITEMUI DI PAHANG

Remaja hilang ditemui di Pahang


MELAKA TENGAH - Remaja perempuan berusia 19 tahun yang dikesan hilang sejak Jumaat lalu di hadapan kafe minuman di Pulau Gadong ditemui selamat oleh orang awam di Bentong, Pahang, semalam.

Difahamkan, remaja berkenaan Nur Farisyah Eizwani Iskandar ditemui orang awam dalam keadaan lemah dan tidak bermaya di tepi jalan sebelum menghubungi ibu bapanya kira-kira jam 2 pagi.

Ibunya, Siswaty Thubah, 39, berkata, sebaik menerima panggilan telefon, dia dan suami terus bergegas ke tempat yang dimaklumkan sebelum melihat anaknya yang dipanggil Along itu lemah untuk bercakap.

“Masa kami jumpa Along, dia dalam keadaan lemah, tak bermaya dan dia juga tidak bercakap. Kami terus bawa balik dan sampai ke Melaka pada jam 9 pagi tadi (semalam).

“Saya dah bawa dia ke hospital untuk buat pemeriksaan sebab kami amat risau kerana sehingga petang ini (jam 3 petang) dia masih tidak bercakap,” katanya.

Siswaty berkata, buat masa ini dia tidak boleh mengulas lanjut sehinggalah anak itu dapat bercakap seperti biasa dan menceritakan kejadian yang sebenar.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Tengah Assisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, remaja perempuan berkenaan kini berada dalam keadaan selamat bersama keluarganya.

“Remaja itu sudah dibawa pulang ke Melaka dan siasatan lanjut berhubung kehilangannya selama empat hari ini akan dilakukan bagi mengenal pasti motif sebenar.


Sinar Harian semalam melaporkan, bapa remaja terbabit, Iskandar Daut, 44, hanya menyedari anaknya sulungnya hilang setelah dihubungi anak keduanya apabila memaklumkan Nur Farisyah Eizwani tidak pulang ke kafe pada jam 8.30.

Kali terakhir remaja berkenaan dilihat oleh adik perempuannya berusia 16 dan 9 tahun ketika menghantar minuman kepada seorang pelanggan lelaki yang berada di dalam kereta di hadapan sebuah kafe yang diusahakannya bersama keluarga.






0 comments:

share2