Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 24, 2016

POLIS TUNGGU REPORT 2 PEMBULI




Kuching: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai video dua lelaki membelasah seorang lelaki di tengah jalan di satu kawasan yang dikatakan berlaku di Kuching supaya tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, lokasi kejadian masih belum disahkan berlaku di Kuching.

"Sekiranya berlaku di Kuching, kita harap mangsa dan saksi dapat buat laporan polis supaya tindakan dapat diambil.

"Polis akan buru suspek yang terbabit hingga ke lubang cacing," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Video yang berdurasi 0.43 saat itu kini menjadi viral di Facebook dan didakwa berlaku di Jalan Bako di sini.

Dalam video berkenaan, seorang lelaki berbaju biru turun daripada motosikal dan menyertai rakannya berbaju merah membelasah seorang lelaki.

Dua lelaki berkenaan, beberapa kali membelasah seorang mangsa berbaju oren dan berseluar biru menggunakan topi keledar.

Bagaimanapun, punca kejadian dan butir pergaduhan tidak diketahui.




0 comments:

share2