Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 24, 2016

KOKPIT TERBAKAR, EGYPTAIR MUNGKIN MELETUP DI UDARA


Pesawat EgyptAir


New York -  Pesawat EgyptAir yang terhempas di Laut Mediterranean berkemungkinan meletup di udara setelah berlaku kebakaran di dalam atau dekat ruang kokpit, lapor New York Times.

Namun, seorang jurucakap dari Mesir memberitahu, pihaknya masih belum jelas sama ada kebakaran itu disebabkan kerosakan mekanikal atau perbuatan jenayah.

Minggu lalu, jawatankuasa penyiasat yang diketuai Mesir melaporkan bahawa perkataan 'api' boleh didengar daripada rakaman suara kokpit pesawat EgyptAir itu sebelum ia terhempas.

Pesawat EgyptAir yang membawa 40 rakyat Mesir, 15 rakyat Perancis, dua warga Iraq, dua rakyat Kanada dan seorang penumpang dari Algeria, Belgium, Britain, Chad, Portugal, Arab Saudi dan Sudan terhempas Mei lalu.

Pesawat Airbus A320 itu sedang dalam perjalanan dari Perancis ke Kaherah apabila ia tiba-tiba hilang dari radar di Laut Mediterranean.


0 comments:

share2