Sektor akuakultur adalah penyumbang utama bagi meningkatkan pengeluaran ikan bagi menampung keperluan Negara mahupun eksport. Bagi tujuan pembangunan projek akuakultur sebahagian besar kawasan seperti perairan pantai, laut, tasik termasuk darat telah diterokai. Menjelang tahun 2020 pengeluaran akuakultur dianggarkan berkembang hampir 8.6% setahun.
Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2010-2020 memberi tumpuan kepada peningkatan kecekapan industri agromakanan di sepnajnag rantaian nilai supaya industri menjadi lebih produktif, berdaya saing dan berintensifkan pengetahuan.
Pada masa ini terdapat lebihkurang 36 hatceri kerajaan dan 343 hatceri swasta yang merangkumi hatceri ikan laut, udang laut dan ikan air tawar.
Keperluan benih bagi komoditi utama :
Entry Point Project (EPP) | Sasaran Pengeluaran Dasar Agromakanan (‘000 tm) | Keperluan Benih |
---|---|---|
Tilapia
|
Akuakultur Air Tawar : 324.8
Akuakultur Marin : 107.7
|
Ikan air tawar : 769.54 juta ekor
Ikan Laut : 255.25 juta ekor
|
Siakap
| ||
Kerapu
| ||
Udang Laut
|
214.9
|
13 billion PL
|
Objektif Pelan Pengeluaran Benih dari Induk Berkualiti :
1. Untuk membangunkan induk berkualiti yang memenuhi keperluan industri.
2. Untuk peningkatan berterusan pengeluaran akuakultur dan biodiversity.
3. Untuk membangunkan dan pemindahan teknologi pembangunan induk dan pembenihan.
4. Untuk membangunkan pusat kecemerlangan dan pusat rujukan.
5. Umtuk menggalakan penglibatan pihak swasta.
Cadangan Pelan Pembangunan Benih:
1. Program Pembangunan Induk & Pengeluaran Benih Kebangsaan
2. Panduan Pembenihan & Pembangunan Induk Berdasarkan Kepada Keperluan Biosekuriti.
3. Infrastruktur Pemasaran & Lain-lain Bantuan Institusi
0 comments:
Post a Comment