Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 25, 2016

PAS MINTA RAKYAT WASPADA AGENDA AMERIKA SYARIKAT


PAS Minta Rakyat Waspada Agenda Amerika Syarikat


Kuala Lumpur – PAS meminta umat Islam Malaysia tidak terlena dan terlupa dengan perbuatan dan agenda Amerika Syarikat (AS) ke atas negara-negara Islam sebelum ini.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, umat Islam Malaysia perlu mengambil iktibar ke atas apa yang pernah dilakukan AS ke atas Afghanistan, Iraq dan Syria.

“Siapa tidak kenal AS terhadap negara umat Islam. Kononnya Osama Laden sembunyi di Afghanistan. Apa yang terjadi selepas itu.

“Memburu kumpulan Al-Qaeda di Iraq, selepas itu apa yang terjadi. Di Syria atas nama hendak memerangi IS. Rakyat Syria menderita,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, kata Idris, PAS menolak campur tangan kuasa asing dalam urusan Malaysia sebelum ini kerana tidak mahu AS menjadikan isu dibangkitkan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS menjadi sebab untuk melakukan sesuatu kepada negara ini.

Bagaimanapun, katanya, PAS bersetuju DOJ mahu membawa individu yang disebut terlibat dalam isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum ini ke perbicaraan.

“Ini proses keadilan biasa di dalam mana-mana negara. Rakyat AS melakukan kesalahan di negara ini, mereka dihukum mengikut undang-undang di negara ini,”katanya.

Sehubungan itu, beliau membidas penyokong Pakatan Harapan yang terlalu bencikan PAS mengutuk PAS hanya kerana membuat seruan itu.

“Biarlah mereka tulis macam-macam sementara tangan boleh bergerak. Tangan dia kaku dia berhentilah. PAS bukan boleh larang. Kebebasan masing-masing, mungkin beliau yakin akan menjadi amalan untuk dibawa bertemu Allah S.W.T, sila teruskan,” katanya.


0 comments:

share2