Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 25, 2016

DUA 'DATUK' DALANG SYARIKAT SKIM CEPAT KAYA


pdrm


Kuala Lumpur - Dua orang 'Datuk' antara 14 yang ditahan berkaitan dengan kes penipuan syarikat pelaburan skim cepat kaya dikenali sebagai ‘Highway Group’.

Mereka dipercayai dalang kumpulan ditahan minggu lepas yang terdiri dari sembilan lelaki dan lima wanita, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Mortadza Nazarene.

Mortadza memberitahu sidang akhbar di pejabatnya di Menara 238 di sini, 14 orang yang berusia dalam lingkungan 28 hingga 58 tahun ditahan dalam operasi yang dilaksanakan pada Rabu lalu di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Pahang, Kelantan dan Pulau Pinang.

Katanya polis telah menerima 175 laporan dari orang awam yang menjadi mangsa skim itu.

Enam daripada 14 orang itu ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), yang digunakan untuk mengawal penjenayah, kongsi gelap dan pengganas, manakala selebihnya ditahan bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. 

"Maklumat diperoleh mendapati lebih kurang 500,000 orang telah 'melabur' kira-kira RM35 juta dalam syarikat itu.

Kami percaya ada lagi mangsa yang belum membuat laporan polis dan saya mohon supaya mereka tampil ke depan," kata Mortadza.

Polis telah mengesan beberapa orang lagi mengsa, dan percaya mangsa skim itu termasuk rakyat Brunei.

Pada masa yang sama pihaknya masih memburu beberapa lagi individu yang disyaki anggota sindiket dan masih bebas bagi membantu siasatan.

Mengulas kenyataan pelakon Adlin Aman Ramlie, 44, yang mendakwa beliau dipergunakan syarikat berkenaan untuk menarik pelabur, Mortadza berkata siasatan mengenai hal ini masih dijalankan.

Adlin menafikan beliau mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan pada sidang akhbar yang diadakan semalam selepas beliau memberi keterangan di Bukit Aman dan Balai Polis Dang Wangi pada Rabu lepas.


0 comments:

share2