Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 23, 2016

[KUANTAN] LAPAN SYARIKAT BAKAL DIDAKWA


GST


Lapan syarikat yang gagal mengemukakan penyata cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) akan didakwa di Mahkamah Kuantan dalam tempoh terdekat.

Pengarahnya, Datuk Sarip Ismail berkata, kesemua syarikat terbabit dikenal pasti selepas pihaknya melakukan semakan baru-baru ini.

Menurutnya, segala bukti berkaitan dengan kesalahan dilakukan lapan syarikat itu berjaya dikumpulkan.

“Buat masa sekarang, pihak kita sedang menunggu kelulusan daripada Pengarah Perundangan Kastam untuk memohon izin kes pendakwaan itu.

“Kita harapkan kelulusan segera dapat diputuskan supaya syarikat berkenaan mendapat hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis sambutan Hari Raya dan Ramah Mesra bersama pelanggan GST 2016 di Pekarangan Wisma Kastam, di sini semalam.

Lapan syarikat itu bakal di dakwa di bawah Seksyen 41 (6) Akta GST 2014, kerana tidak mengemukakan penyata GST-03 dan boleh dikenakan denda maksimum RM30,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkembangan sama, Sarip berkata, sebuah syarikat akan dituduh ke Mahkamah Kuantan awal Ogos ini atas 14 tuduhan memugut GST tanpa kebenaran.

Beliau berkata, syarikat tersebut tidak berdaftar dengan Kastam, namun mengenakan caj GST.


0 comments:

share2