Sik - "Kita kehilangan seorang ulama yang banyak berbakti kepada negara,bangsa,dan agama" demikian luahan pembantu peribadi Allahyarham Tuan Guru Salleh Musa.
Khairul Nazwan Bzul Qarnain, 20,berkata, arwah sebelum ini disahkan mengidap jangkitan kuman di paru-paru sejak tiga bulan lalu.
Menurutnya, ketika itu berat badan tokoh ulama itu semakin merosot.
"Sebelum ini tuan guru berisi namun selepas sakit beliau semakin kurus. Arwah juga hilang selera makan,tidak beberapa lalu makan nasi,"katanya semalam.
"Jenazah akan disolatkan di Madrasah Ar-Rahmaniah hari ini," katanya.
0 comments:
Post a Comment