Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 21, 2016

DAP KAFIR HARBI, MAKSUD SEBENAR MUFTI PAHANG

DAP Kafir Harbi: Maksud Sebenar Mufti Pahang


SAYA mungkin tidak bersetuju dengan kenyataan ayahanda Mufti Pahang namun kita juga perlu berlaku adil tehadap beliau. Ayahanda Mufti Pahang mengatakan DAP adalah Kafir Harbi tetapi beliau tidaklah bermaksud ‘halal darah dan halal harta’ mereka.

Boleh disimpulkan beliau bermaksud orang Islam perlu berjihad menentang pemikiran dan ideologi DAP.

Namun perlu diingatkan dan kita perlu bermuhasabah, apabila kita mengungkap atau menyampaikan sesuatu, kita perlulah mengambil kira tahap kefahaman orang atau masyarakat sekeliling kerana dikhuatiri fitnah, kesalahfahaman dan peluang-peluang sebegini akan dimanfaat oleh musuh Islam.

Seperti yang diperkatakan oleh Ali bin Abi Thalib radhiyallahu anhu, “Berbicaralah kepada orang ramai dengan apa yang dapat mereka fahami, sukakah kalian apabila mereka nanti mendustakan Allah Azza wa Jalla dan Rasul-Nya shallallahu alaihi wa sallam?”

Ibnu Hajar rahimahullah dalam Fathul Bari mengatakan, “ini menunjukkan, sesuatu perkara yang masih samar tidak sesuai disebarkan ke tengah masyarakat awam.”

Juga semakna dengan apa yang disampaikan oleh Ibnu Mas’ud, “Tidaklah kamu menyampaikan sesuatu yang tidak dapat dicerna oleh akal suatu kaum, melainkan akan menimbulkan fitnah bagi sebahagian mereka.” [HR Muslim]

Allahua’lam.



0 comments:

share2