SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan pihaknya membuat siasatan dan penahanan terhadap salah seorang wakil rakyat wanita di negeri itu.
Mengesahkan ia hanya khabar angin, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki hari ini berkata, pihaknya tidak menjalankan siasatan ke atas wakil rakyat berkenaan seperti dakwaan yang ditulis dan disebar menerusi laman sosial Facebook sejak kelmarin.
“Untuk pengetahuan semua, kami tidak menyiasat kes dia berkaitan hal yang dikeluarkan di Facebook.
“Ini hanya khabar angin,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, semalam.
kelmarin, satu akaun Facebook telah mengeluarkan dakwaan SPRM bakal menyiasat dan menahan wakil rakyat yang dikatakan sebagai proksi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menguasai semua projek dan tender yang disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk kos bawah RM3 juta.
Facebook tersebut juga turut mendedahkan beberapa kereta mewah yang didakwa aset milik wakil rakyat wanita itu.
0 comments:
Post a Comment