Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 20, 2016

IBU CARI ANAK OKU HILANG


Ibu cari anak OKU hilang


Seorang ibu mengharapkan bantuan orang ramai bagi mengesan anaknya yang hilang kira-kira sebulan lalu.

Fatimah Mamat, 69, berkata, anaknya, Ahmad Naziruddin Anam, 30, yang mengalami terencat akal dari keluar rumah pada 25 Mei lalu dengan hanya memakai baju T berwarna coklat, berseluar sukan warna sama serta memakai gelang besi.

Menurutnya, anak bongsu daripada 14 beradik itu dikenali dalam kalangan penduduk Kemaman kerana suka berjalan-jalan di daerah itu malah ada yang pernah menghantarnya pulang ke rumah.

Sebagai ibu, Fatimah tidak berputus asa mencari anaknya dan berharap Ahmad Naziruddin kembali ke pangkuan keluarga sebelum 1 Syawal ini.

“Kali terakhir kami menerima maklumat semalam, daripada seorang rakan media sosial memaklumkan dia berada di Melaka dan sebelum itu pernah dilihat menaiki bas menuju ke Johor.

“Kami pergi ke Larkin kerana ada yang memaklumkan dia berada di sebuah kedai makan tetapi tak sempat menemuinya kerana dikatakan sudah berjalan ke tempat lain,” katanya.

Fatimah yang datang ke pejabat Sinar Harian di siniberkata, anaknya seorang pendiam, tidak agresif dan suka duduk di kedai makan, masjid serta ada kalanya di atas pembahagi jalan.

Katanya, selepas 27 hari kehilangan Ahmad Naziruddin, dia tidak boleh melakukan kerja rumah kerana bimbang keselamatan dan makan minum anaknya itu.

“Jika ada yang terlihat anak saya, tolonglah hantar dia ke balai polis berdekatan dan hubungi saya dengan segera. Saya sangat bimbang keselamatan dan kesihatannya,” katanya.

Sementara itu, kakak Ahmad Naziruddin, Suriati Anam, 37, berharap adiknya dapat ditemui semula selepas pelbagai usaha dilakukan termasuk menampal poster di sekitar Kemaman dan Johor.

Menurutnya, adiknya kini dipercayai berada di Melaka kerana dia memang suka menaiki kenderaan dan berjalan-jalan tetapi tidak membawa sebarang dokumen diri.

“Sifatnya memang seperti kanak-kanak. Ini kali kedua dia menghilangkan diri tetapi sebelum ini hanya di sekitar Kemaman dan ramai yang mengenalinya membantu hantar dan menghubungi kami,” katanya.

Suriati berkata, dia sangat berharap orang ramai dapat memberi maklumat mengenai adiknya kerana ibunya kini tidak mampu melakukan tugas harian manakala ayahnya, Anam Mohd, 74, sudah uzur dan sangat merindui Ahmad Naziruddin.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai Ahmad Naziruddin boleh menghubungi Fatimah menerusi talian 019-9210781 atau 017- 9148648.

0 comments:

share2