Ohio - Seorang wanita hilang hampir seluruh kulit kepala selepas rambutnya tersangkut pada sebuah mesin di tempat kerjanya.
Rambut Stephanie Adkins tersangkut pada mesin pemotong logam di tempat kerjanya ketika dia tunduk untuk mengambil sesuatu di lantai
Kulit di seluruh kepala, leher serta ditelinganya tertanggal dalam keadaan ngeri.
Stephanie kini dilaporkan semakin pulih dan dirawat di sebuah hospital di Columbus, Ohio.
Pakar berjaya menyambungkan semula kulit kepala serta telinga dalam pembedahan selama tujuh jam.
Pakar terpaksa mengambil salurah darah dan urat dari kaki wanita itu untuk membantu membaiki kerosakan pada kulitnya.
Selepas kulitnya pulih, pakar bedah optik akan melihat kerosakan pada matanya kerana masih belum diketahui sama ada penglihatan akan kembali seperti biasa.
Sementara itu, bapa Stephani, Mike Adkins, 53, berkata, dia terkejut dan mereka terpaksa mengeluarkan rambut dan kulit kepalanya dari mesin sebelum membawanya ke hospital.
"Apabila saya melihat dia, saya sangat takut dan cuba menenangkannya," katanya dipetik Metro.uk
Anak perempuan Stephanie yang berusia 11 tahun, Angel kini diletakkan di bawah penjagaan oleh keluarga sementara menunggu wanita itu pulih.
Stephanie dipercayai telah bekerja di syarikat yang tidak dinamakan sejak lapan bulan yang lalu.
0 comments:
Post a Comment