Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 26, 2016

DUA PENDAKI DITEMUI SELAMAT


Dua pendaki ditemui selamat


Johor Bahru - Dua pendaki yang terpisah dari kumpulan semasa mendaki Gunung Pulai, Kulai kelmarin berjaya ditemui selepas dilaporkan hilang kira-kira lapan jam, semalam.

Mangsa yang merupakan seorang lelaki rakyat British dan seorang wanita tempatan ditemui pasukan penyelamat kira-kira jam 6.59 petang.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Johor Baharu, Lt (PA) Mohd Aziz Jupri berkata, kedua-dua mereka, Gareth Roy Simpson, 58 dan Chee Lee Peng, 36, ditemui dalam keadaan selamat.

"Kedua-dua mereka telah dilaporkan hilang kira-kira jam 4.50 petang.

"Gerakan mencari mereka melibatkan pasukan JPAM, bomba dan penyelamat, polis, renjer serta anggota rela," katanya.

Katanya, mangsa berjaya ditemui selepas dipandu arah oleh pasukan penyelamat untuk ke jalan keluar melalui perhubungan telefon bimbit.


0 comments:

share2