Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 26, 2016

PINTU MASUK NEGARA SENTIASA DIPANTAU


Nur Jazlan Mohamed


Johor Bahru - Polis sentiasa memantau dan membuat tangkapan individu terlibat kumpulan militan untuk melumpuhkan rangkaian pengganas di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pemantauan dibuat termasuklah ke atas rangkaian mereka sama ada dalam dan di luar negara.

“Beberapa tangkapan juga dibuat pihak polis dalam masa beberapa bulan ini, untuk melumpuhkan rangkaian pengganas di negara kita.

“Polis sentiasa memantau tindak tanduk mereka ini, kerana ancaman yang dibuat walaupun di luar negara, ini merupakan satu isyarat bagi rangkaian mereka di dalam negara untuk bertindak membuat serangan pengganas,” katanya pada program Rehlah Ramadan anjuran Persatuan Belia Bintang Selatan Johor Bahru di sini semalam.

Nur Jazlan berkata demikian ketika diminta mengulas ancaman dan ugutan kumpulan militan yang disasarkan terhadap negara.

Menurutnya, Kementerian Dalam Negeri tidak boleh sambil lewa dengan ancaman diterima.

“Ancaman daripada IS juga sama dengan ancaman komunis dulu. Komunis lebih bersifat gerila, maknanya hanya beberapa orang tertentu, boleh berlaku di mana-mana, tidak memerlukan jumlah anggota pengganas yang ramai dan boleh memberikan kesan sekiranya ancaman dilakukan di tempat awam.

“Jadi kita nak pastikan pengganas ini dan rangkaian mereka dapat dikesan, kita halang mereka mendapatkan senjata canggih dan boleh membuat kemusnahan besar," katanya.


0 comments:

share2