Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 25, 2016

KJ: PECAT, GANTUNG TINDAKAN BETUL


Muhyiddin yassin


Shah Alam – Tindakan Majlis Tertinggi Umno memecat Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan menggantung Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal adalah tindakan yang betul.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, ia tindakan yang perlu diambil demi kehormatan dan kekukuhan parti.

“Presiden dan kepimpinan Umno rata-rata boleh menerima kritikan dan ada kalanya kecaman. Kita parti yang demokratik, terbuka.

“Namun apabila kepimpinan tertinggi sendiri berkongsi pentas dengan pembangkang menyerang kepimpinan, itu perlanggaran disiplin yang serius. MT dan juga Jawatankuasa Disiplin terpaksa mengambil keputusan ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

MT Umno pada semalam memutuskan Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta. Sementara Shafie digantung dari jawatannya.

Semalam, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.


0 comments:

share2