Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, June 24, 2016

COCA-COLA NAFI EDISI TERHAD EURO 2016 ADA ALKOHOL


Coca-Cola


Coca-cola Malaysia hari ini menafikan dakwaan bahawa Coca-Cola botol aluminium Edisi Terhad UEFA Euro 2016 yang dijual di kedai-kedai terpilih di negara ini mengandungi alkohol.

Ia berkata, walaupun Coca-Coca botol aluminium edisi terhad tidak dikeluarkan di Malaysia dan diimport dari Eropah, "bahan-bahan dan proses pengeluaran yang digunakan dalam pengeluaran minuman Coca-Cola dikawal ketat oleh kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan di lebih 200 negara yang secara konsisten mengiktiraf minuman itu sebagai produk tanpa alkohol.

"Ini termasuk negara-negara yang Islam adalah agama utama," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.‎

Ia berkata, syarikat memahami pasaran tempatan dan mengiktiraf dan menghormati kepentingan meyakinkan pengguna Islam bahawa produknya mematuhi standard pemprosesan halal yang ketat supaya pengguna boleh meminumnya tanpa ragu-ragu.

Kenyataan itu berkata, Coca Cola, yang telah menjadi penaja rasmi untuk acara bola sepak sejak 1988, telah melancarkan botol aluminium edisi khas Coca-Cola UEFA Euro 2016 di Eropah. 

"Untuk mendekatkannya dengan peminat bola sepak dan pengumpul di Malaysia, Coca-Cola Malaysia telah mengimport barangan ini untuk dijual untuk masa yang terhad di kedai-kedai terpilih di negara ini," kata kenyataan itu.

Ia berkata, sebagai syarikat minuman tanpa alkohol terbesar di dunia, Coca-Company telah dan akan terus mematuhi standard pemprosesan halal yang ketat, memastikan keebersihan dan pematuhan kualiti untuk semua produknya.


0 comments:

share2