Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 12, 2016

BIBIK CAMPUR NAJIS DALAM AIR SUPAYA MAJIKAN 'PATUH'


Gambar hiasan


Seorang pembantu rumah di Singapura dipenjara selama enam minggu setelah bersalah akibat mencampurkan air kencing ke dalam susu anak majikannya yang berusia empat tahun.

Ela, 27, yang berasal dari Indonesia dilaporkan turut mencampurkan najis ke dalam bekas air yang diminum keluarga majikannya pada Oktober 2015.

Difahamkan, kejadian khianat itu berlaku setelah Ela yang baharu saja sebulan bekerja, tidak berpuas hati setelah ditengking mentua majikannya.

Bagaimanapun, perbuatan jijik itu terbongkar selepas majikannya menyedari air yang diminum mempunyai rasa ganjil.

Setelah disiasat, dia mendapati Ela mencampurkan najis ke dalam bekas air yang diambil dari bilik tidur konon untuk mencucinya.

Ela yang dihantar semula ke agensi akhirnya mengaku melakukan perbuatan yang menjijikkan itu, seterusnya dihantar kepada pihak polis.

Wanita itu mengaku bahawa dia melakukan perbuatan jijik itu agar keluarga majikannya mendengar dan patuh kepadanya.


0 comments:

share2