Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 12, 2016

MRSM KEDUA UNTUK ANAK POLIS DIBINA


MRSM kedua untuk anak polis dibina


Kuala Kangsar - Sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) khusus untuk anak-anak anggota polis akan dibina di Perak tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pembinaan MRSM untuk anak-anak polis itu adalah yang kedua di negara ini selepas yang pertama di Kulim, Kedah.

"Saya tahu anak-anak kita memerlukan tempat untuk asrama penuh. Ini tiada kena mengena dengan pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar.

"Kita tahu anak tentera ada MRSM untuk mereka, jadi anak polis juga kena ada.

Kita bukan cemburu dengan pasukan lain tapi saya mahu menghargai anak-anak polis," katanya ketika berucap semasa mengadakan lawatan ke Markas Taktikal (Martek) polis bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar di sini, hari ini.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut meminta supaya bayaran elaun khas kepada anggota polis yang bertugas dalam PRK Kuala Kangsar itu dibayar sebelum Aidilfitri.

Mengenai PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Ahmad Zahid turut menyifatkannya sebagai PRK paling aman dalam sejarah PRK negara.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pengundian PKR Kuala Kangsar diadakan serentak dengan PRK Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini, berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas berkenaan.


0 comments:

share2