Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 23, 2016

AWAS JIKA MAIN MERCUN DI TAMAN PERUMAHAN!


mercun


Kota Bharu - Polis Kelantan menubuhkan pasukan khas bagi memantau kanak-kanak dan orang dewasa yang bermain mercun di taman perumahan serta kawasan sekitar menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

Pasukan khas berkenaan ditubuhkan di setiap daerah bertujuan meningkatkan penguatkuasaan bagi mengelak kes kecederaan, kemalangan atau kematian akibat penggunaan bahan terlarang itu. 

Ketua Polis Kelatan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pasukan tersebut akan bergerak secara intipan ke taman-taman perumahan dan kawasan sekitar pada waktu-waktu kemuncak bermain mercun, selepas berbuka puasa hingga ke larut malam.

Katanya, mereka yang dilihat atau terserempak dengan pasukan itu ketika bermain mercun akan diambil tindakan oleh pihak berkenaan.

"Hanya bunga api dan mercun pop (bawang) sahaja yang dibenarkan serta dikeluarkan lesen untuk dibolehkan dijual atau bermain, selain daripada itu, semuanya ada bahan letupan terlarang.

"Anggota pasukan ini mempunyai kuasa untuk menahan mereka yang melakukan kesalahan mengikut Akta Bahan Letupan 1957," katanya.

Beliau berkata, penguatkuasaan juga diperketatkan di daerah-daerah bersempadan dengan negara jiran iaitu Pasir Mas, Tumpat, Rantau Panjang dan Jeli.

"Bagi kawasan daerah bersempadan ini, penguatkuasaan dipertingkatkan dengan menggandakan jumlah anggota pasukan khas pemantau.

"Mereka bertugas memantau penyeludupan masuk mercun dari negara jiran. Para peniaga juga diberi amarah keras agar tidak menjual mercun," katanya.


0 comments:

share2