Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 23, 2016

WANG PERLINDUNGAN: PENGERUSI NGO DIREMAN


Wang perlindungan: Pengerusi NGO direman


Seremban – Seorang pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) bergelar Datuk ditahan reman selepas mendapat perintah mahkamah bagi membantu siasatan kes meminta wang perlindungan.

Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan kes meminta wang perlindungan berjumlah RM25,000 daripada seorang tauke judi ekor tanpa lesen malam tadi.

Beliau ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berdekatan Plaza Tol Nilai, dekat sini, pada pukul 10.50 malam tadi.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Seremban, Nor Anida Norhamdan di Mahkamah Khas, di sini, pagi tadi.

Beliau yang hadir dengan pakaian lokap berwarna ungu tiba di perkarangan mahkamah dengan menaiki sebuah van polis kira-kira 10 pagi dan dilihat beredar dengan kenderaan sama setengah jam kemudian.


0 comments:

share2