Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 4, 2016

#PRNSARAWAK: LUAH ISI HATI NENEK AZIZ `DAP' KESAL CUCU DERHAKA


Hajah Mazuin Haji Manan


Kuching – Ramai dilaporkan masih kurang percaya ekoran pendedahanMynewshub mengenai luahan nenek calon Melayu DAP di kerusi Batu Kitang, Abdul Aziz Isa Maridon agar tidak mengundi cucunya sendiri.

Tersentak pengakuan secara terbuka itu, jentera siber pembangkang dilaporkan membuat tohmahan konon Hajah Mazuin Haji Manan itu ‘dibayar’ Barisan Nasional (BN) bagi memburuk-buruknya imej anak emas DAP tersebut.

Bukan itu sahaja, ada netizen memfitnah BN cuba bermain taktik kotor untuk ‘melumpuhkan’ Abdul Aziz Isa, 26; dengan mengeksploitasi wanita berusia 76 tahun tersebut sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 pada kali ini.

Begitulah takutnya DAP susulan tindakan nekad nenek calonnya itu kerana secara tidak langsung mendedahkan ‘belang’ sebenar anak muda tersebut sekali gus memberi kesan penerimaan pengundi Melayu Islam di Batu Kitang.

Menerusi temu bual eksklusif dengan beliau atau lebih mesra disapa sebagai Nek Wen membongkar luahan isi hati kisah sebenar disorok Abdul Aziz Isa hanya kerana DAP kemaruk mahu ‘tonjol’ parti itu konon ada calon Melayu.

Ketika ditemui di rumahnya di Jalan Astana, Petra Jaya di sini, wanita tersebut menceritakan bahawa cucunya itu dijadikan seumpama anjing DAP ‘menghasut’ kaum Melayu yang setia BN beralih membenci kerajaan BN sendiri.

Hajah Mazuin atau mesra disebut Nek Wen berucap di sebelah calon BN kerusi Batu Kitang, Lo Khere Chiang (dua dari kanan)

Sambil menyifatkan ‘wayar’ di kepala Abdul Aziz Isa sebagai sudah tidak betul, Nek Wen berkata, DAP berjaya mengubah cucunya kini sebagai kurang ajar dan celupar mulut menghina pemimpin BN yang lebih tua usianya.

Dalam masyarakat Melayu, sekalipun tidak sependapat dengan seseorang, lazimnya kita lebih selesa menegur atau menyindir dalam bentuk bahasa kiasan, tetapi tidak Abdul Aziz Isa yang dididik DAP kepada budaya politik ganas.

Terkesan tindakan cucunya dinamakan sebagai calon DAP di kerusi baharu N.13 itu pada PRN kali ini, Nek Wen yang juga veteran PBB, parti teraju komponen BN Sarawak ‘bangkit’ semula bersuara mahu ajar Abdul Aziz Isa.

Katanya, langkah cucunya mewakili parti cauvinis itu seperti mengejutkan sang harimau sedang tidur yang bukan sahaja memeranjatkan keluarganya sendiri, malah menyebabkan masyarakat Melayu mula sedar taktik jahat DAP.

Sedih pengkhianatan Abdul Aziz Isa terhadap ‘perjuangan’ warisan politik keluarganya tegar PBB-BN, Nek Wen kesal cucunya itu sudah berani berucap biadap mengutuk Ketua Menteri, Tan Sri Adnan Satem di pentas ceramah.



Ini gara-gara sifat kurang sabar Abdul Aziz Isa sendiri mahu cepat membina kerjaya politik dalam PBB menjadi ketua menteri dan apabila usahanya gagal, cucunya itu ‘lompat’ kepada DAP yang ketandusan anak muda Melayu.

Abdul Aziz Isa dipelihara Nek Wen sejak kecil lagi sehingga tamat sekolah menengah kerana ibu bapanya sibuk mencari rezeki dan apabila memasuki Universiti Malaysia Sarawak, dia dibela pula oleh nenek sebelah ibunya.

Sesuatu ramai mungkin tidak sedar, personaliti Abdul Aziz Isa yang lantang berceramah di platform ceramah DAP mencetuskan kehairanan Nek Wen kerana cucunya itu seorang ‘lelaki lembut’ sehingga dianggap macam sotong.

Namun apa yang pasti, tindakan DAP enggan letaknya bertanding di kerusi majoriti Melayu iaitu Stakan memang diduga kerana bimbang terbongkar kisah kehidupan ‘bebas liar’ anak muda ini jauh daripada amalan agamanya.

Ikuti rakaman video wawancara Mynewshub dengan Nek Wen bercerita secara jujur perihal siapa diri Abdul Aziz Isa dan rayuan isi hati wanita ini agar pengundi Batu Kitang jangan undi cucunya itu pada PRN ini.


0 comments:

share2