Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 4, 2016

#PRNSARAWAK: APA SEBENARNYA YANG DIPERJUANGKAN PEMBANGKANG?




Setelah mengikuti beberapa sesi ceramah pembangkang dan kerajaan, saya dan rakan-rakan tertanya-tanya sesama sendiri, apa yang cuba mereka lakukan?

5 siri ceramah telah kami hadiri. Jelas perbezaan di kedua belah pihak. Paling ketara, di pihak Kerajaan, suasananya tenang dan teratur manakala di pihak pembangkang, kempennya agak tegang. Ucapan dari bakal pemimpin mereka, penuh dengan kebencian dan kemarahan.

Turut menjadi bahan kempen ialah tuduhan-tuduhan yang tidak berasas bahkan, banyak isu-isu yang sudah diselesaikan dan sudah diperjelaskan pada rakyat dibangkitkan semua dan diputar belit.

Isu GST cuba dihangatkan kembali. Apa yang peliknya, perkara yang dicanang ialah kebencian pada GST tapi jalan penyelesaian ke atas perolehan Negara yang pasti berkurangan tidak pula diberitahu.

Lebih pelik, perjuangan mereka hanya dengan menyatakan ‘RAKYAT TOLAK GST’ namun tidak pernah sekalipun mereka bicarakan soal pemansuhan GST.

Logiknya, kurang satu sumber pendapatan, pasti perlu ditukar atau ditambah sumbernya supaya negara mampu untuk terus maju dan membangun. Apa perancangan mereka sebenarnya?

Mereka pandai bermain emosi. Kita sedia maklum, manusia memang cenderung pada kemarahan dan kebencian. Emosi manusia cukup mudah terganggu kiranya elemen emosi dijadikan ramuan rempah ratus sesuatu perkara.

Kerana itu sebagai pembangkang, mudah untuk mereka membangkitkan ‘mood’ membangkang di kalangan pengunjung yang hadir. Kiranya anda turut sama hadir, pasti anda akan mampu mendengar sumpah seranah dan caci maki di kalangan pengunjung.

Rakyat Malaysia sudah matang. Apa yang kita harapkan adalah agar rakyat Malaysia memilih untuk jadi lebih rasional. Lihat apa yang telah kita kecapi selama ini dan bandingkan dengan apa yang dilaungkan pembangkang. Fikirlah dengan matang dan logik.

Sesuatu perkara yang belum pasti mungkin kedengaran indah dan menyeronokkan tapi apakah kita mahu memperjudikan nikmat kemajuan yang telah kita kecapi selama ini? 

Popular tak semestinya hebat dan dijamin berjaya. Kita harus rasional dan praktikal.


0 comments:

share2