Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 5, 2016

#PRNSARAWAK: DAP TIADA MODAL, RAYU PKR TARIK DIRI




Sikap tamak DAP jelas apabila Pengerusinya Chong Chieng Jen menggesa PKR supaya menarik diri dari bertanding di kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang bagi membolehkan calon kesayangan mereka Abdul Aziz Isa memenangi kerusi berkenaan.

Menurutnya, Aziz Isa lebih berpotensi menarik ramai pengundi berbanding calon PKR iaitu Voon Shiak Ni yang dilihat tidak mempunyai peluang memenanginya pada pilihan raya negeri, Sabtu ini.

"Saya minta dan rayu PKR supaya mengisytihar menarik diri daripada bertanding kerusi ini, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, semalam.

Menjadi persoalan, berkemungkinan DAP menyedari risiko yang bakal dihadapi memandangkan undi pembangkang berpecah disebabkan pertindihan kerusi antara Pakatan Harapan.

Justeru, beliau merayu PKR menarik diri bagi memberi laluan kepada DAP walhal kerusi tersebut sememangnya diperuntukkan kepada PKR terlebih dahulu menerusi perjanjian Pakatan agar tidak berlaku pertindihan mana-mana kerusi.

DAP dan PKR mengambil laluan masing-masing setelah gagal mencapai kesepakatan dalam agihan kerusi sehingga menyaksikan kedua-dua parti pembangkang itu bertembung di enam kerusi DUN.

Selain Batu Kitang, kedua-dua parti itu turut bertembung di lima lagi kerusi, iaitu Mambong,Simanggang, Ngemah, Mulu dan Murum.

Ternyata, pertembungan sesama sendiri itu secara langsung akan memberi laluan kepada calon BN untuk memenangi beberapa kerusi.

Kerusi Batu Kitang bakal menyaksikan pertandingan lima penjuru dengan calon BN, Lo Khere Chiang dan dua calon Bebas - Sulaiman Kadir dan Datuk Seri Othman Bojeng.


0 comments:

share2