Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 20, 2016

MALAYSIA JUMPA DENMARK DI SEPARUH AKHIR


Malaysia jumpa Denmark di separuh akhir


Malaysia akan menentang Denmark pada separuh akhir Piala Thomas di Pusat Sukan Kunshan di sini, hari ini.‎

Pada perlawanan suku akhir semalam, Malaysia layak ke separuh akhir selepas menewaskan Taiwan 3-1 manakala Denmark mengalahkan juara bertahan Jepun 3-2.

Dalam pada itu, juara sembilan kali China dikejutkan oleh Korea Selatan 3-1 manakala Indonesia mengalahkan Hong Kong 3-1 dalam satu lagi saingan suku akhir.

Korea Selatan akan berdepan dengan Indonesia dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Dalam saingan Piala Uber, juara bertahan China akan menentang India pada saingan separuh akhir manakala Korea Selatan berdepan dengan Jepun dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Pada perlawanan suku akhir, China menumpaskan Taiwan 3-0, India mengalahkan Thailand 3-1, Korea Selatan menewaskan Indonesia 3-0 manakala Jepun menundukkan Denmark 3-0.

JADUAL SEPARUH AKHIR:
--------------------------

Piala Thomas
------------

Korea Selatan mln Indonesia - 1 tengah hari

MALAYSIA mn Denmark - 7 malam

Piala Uber
---------

China mln India - 1 tengah hari

Korea Selatan mln Jepun - 7 malam.


0 comments:

share2