Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 28, 2016

LELAKI BUNUH DIRI DI LAMPU ISYARAT CETUS KEKECOHAN


Lelaki Bunuh Diri Di Lampu Isyarat Cetus Kekecohan


Orang lelaki bertindak memanjat lampu isyarat di sebuah lebuh raya berketinggian 10 meter untuk membunuh diri di pusat bandar Changsa, China dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lalu.

Menerusi klip video kamera pengawasan yang terdapat di kawasan berkenaan, niat lelaki itu bagaimanapun berjaya dihalang oleh beberapa orang pekerja pihak berkuasa tempatan.


Namun, tidak lama selepas itu, lelaki terbabit dilihat kembali bertindak memanjat lampu isyarat tersebut untuk meneruskan cubaan membunuh diri buat kali kedua.

Suspek berada di atas lampu isyarat selama empat jam, sekumpulan orang awam mengambil keputusan untuk membantu lelaki berkenaan.

Ini memandangkan pihak penyelamat sudah bersedia dengan tilam udara bagi operasi menyelamat sekiranya lelaki tersebut bertindak nekad terjun.




Jelas dapat dilihat menerusi klip video tersebut, orang awam menggunakan pelbagai kaedah untuk membuat suspek terjun dari lampu isyarat berkenaan, antaranya penyapu namun tidak berjaya.

Mereka beralih menggunakan sebatang paip sepanjang 3 meter dan memukul belakang lelaki tersebut. Akibat tidak tahan dipikul, lelaki itu bertindak melompat ke arah tembok lebuh raya berkenaan, tetapi cubaannya gagal.




Lebih malang lagi, lelaki itu tidak jatuh di atas tilam udara yang disediakan tetapi menjunam ke atas jalan raya. Mangsa dikejarkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal.

Kata pihak berkuasa tempatan, mereka akan menyiasat tindakan orang awam yang ‘cuba membantu’ ketika kejadian.


0 comments:

share2