Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 1, 2016

[KUANTAN] RANCANGAN DALAMKAN SUNGAI PAHANG SEPTEMBER INI


Sungai Pahang


"Rancangan mendalamkan Sungai Pahang dijangka bermula pada September ini dan bakal disiapkan dalam tempoh dua tahun," kata Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Beliau berkata kerajaan negeri masih menunggu kelulusan daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar selepas menyerahkan kertas kerja rancangan itu pada tahun lalu. 

"Rancangan mendalamkan sungai tetap akan dijalankan dan buat masa ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Badan Kawal Selia Air Pahang meninjau situasi semasa sungai berkenaan," katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini. 

Muhammad Safian juga menafikan dakwaan paras Sungai Pahang kritikal akibat pembalakan, sebaliknya menambah kejadian itu adalah disebabkan fenomena El-Nino yang sedang melanda negara. 

"Laporan daripada JPS menyatakan keadaan Sungai Pahang adalah disebabkan kemarau dan kawasan yang tiada pembalakan juga mengalami masalah sama," katanya.


0 comments:

share2