Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 1, 2016

#PRNSARAWAK: PAS MAHU SARAWAK DIPERINTAH ISLAM




Kuching: Parti Islam SeMalaysia (PAS) mahu negeri ini diperintah oleh kalangan orang Islam dan bumiputera yang akan menjamin serta memelihara hak-hak rakyat Sarawak, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, dalam Islam, kepentingan Bumiputera atau penduduk peribumi sebagai rakyat tempatan mestilah diutamakan terutama dari segi hasil dan kekayaan negeri.

Namun katanya, kesan penjajahan yang menyusun masyarakat secara salah, telah menyebabkan kaum pendatang lebih menguasai ekonomi negeri dari rakyat di situ sendiri.

“Bukan sahaja taraf sosioekonomi hidup rakyat tidak diperbaiki, bahkan hak asas penduduk seperti pemilikan tanah juga dinafikan.

“Islam menekankan soal kepentingan hidup bermasyarakat dari pelbagai bangsa dan kaum seumpama satu keluarga besar,” kata Hadi dipetik laman rasmi parti itu.

Malah menurut Hj Hadi, PAS telah memberi kesejahteraan dan kepimpinan sepanjang menerajui Kerajaan Negeri Kelantan.

Begitu juga semasa memerintah Terengganu, di mana katanya, PAS telah menghapuskan banyak cukai kerana mempunyai hasil royalti minyak, sebelum dirampas Kerajaan Persekutuan.

Menyentuh mengenai penyertaan PAS dalam PRN Sarawak kali ini dengan bertanding 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata, PAS akan menjadi parti yang menasihat dan menegur kerajaan serta memperkenalkan konsep-konsep Islam kepada rakyat serta adil untuk semua.

“Bukan sekadar datang musim pilihan raya sahaja. Kita akan terus menjaga rakyat, mempertahankan hak rakyat, masalah tanah, masalah kemiskinan, masalah anak-anak kita nak belajar, jangan dipermainkan. Ini tujuan kita.

“Kita tanding 11 kerusi untuk membawa suara Islam untuk semua kaum, untuk semua rakyat, yang Islam dan bukan Islam. Rakyat yang tak dapat tanah, yang tinggal menetap dan berketurunan, tak ada milik tanah, yang tinggal di kawasan-kawasan sungai, tak ada tanah nak buat rumah, rumah dalam sungai,” katanya.


0 comments:

share2