Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 1, 2016

#PRNSARAWAK: KERAJAAN LABUR RM290 JUTA UNTUK MENDIRIKAN MENARA KOMUNIKASI




Kerajaan telah memperuntukkan RM290 juta untuk mendirikan menara komunikasi bagi negeri ini dan terdapat lebih 1,200 menara telekomunikasi di Sarawak yang telah dibina oleh syarikat komersil mahupun kerajaan.

Setakat ini juga sebanyak 95 Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) sudah beroperasi di Sarawak dan 29 buah lagi sedang dalam pembinaan dan dijangka siap akhir tahun ini.

Sehubungan itu, menjelang tahun 2020, kerajaan mahu 95 peratus kawasan luar bandar mendapat akses Internet dan kemudahan komunikasi.

Merujuk kepada manifesto DAP yang bertemakan ‘Berani Ubah, Perkongsian Kekayaan Demi Rakyat’ bagi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11), mereka menawarkan untuk memperbaiki liputan internet dan menyediakan perkhidmatan internet percuma kepada rakyat Sarawak.

Namun begitu, usaha DAP yang ingin menawarkan perkhidmatan tersebut ternyata jauh ketinggalan kerana ia sudahpun dilakukan kerajaan untuk rakyat di negeri ini malah lebih daripada yang telah di tawarkan daripada mereka.

Mengapa tidak DAP tawarkan sahaja penambahan menara komunikasi di negeri ini berbanding menawarkan internet percuma? Sedangkan menara komunikasi merupakan liputan selular dan akses Internet bagi kawasan yang memerlukan di negeri ini.

Ini bermakna, menara komunikasi penting bagi menyalurkan akses internet sepenuhnya di kesemua lokasi.


0 comments:

share2