Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 24, 2016

IMPIAN MUSNAH GARA-GARA PAYUNG TERJUN SANGKUT


 Impian musnah gara-gara payung terjun sangkut


Yichang - Nasib malang menimpa seorang lelaki kerana tersangkut di batang pokok selepas menggunakan payung terjun untuk kejutan melamar gadis pilihannya.

Pada payung terjun tersebut, tertulis ayat "Gou Hongyun, kahwini saya!"

Lebih malang, selepas diturunkan menggunakan kren, lelaki tersebut menggunakan bunga untuk memikat kembali gadis pilihannya namun ditolak.

Dailymail mengatakan kejadian tersebut berlaku pada 21 Mei lepas.

Kejadian tersebut pantas menjadi viral di laman sosial China www.ifeng.com.

Sesetengah pelayar berpendapat gimik lamaran lelaki tersebut 'terlalu melampau'.

Terdapat juga mengatakan lelaki tersebut melamar gadis yang salah dan yang tidak pandai menghargai usaha lelaki tersebut.

0 comments:

share2