Perkongsian seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai petugas perubatan mengenai rasa kecewa dan sedih dengan sesetengah pengguna jalan raya di Malaysia menjadi viral, semalam.
Berdasarkan perkongsian di laman Facebook tersebut, individu berkenaan menaiki sebuah ambulans yang sedang menuju ke lokasi kemalangan di Simpang Ampat, Alor Gajah, kelmarin.
Menurutnya, petugas bantuan menganggarkan tempoh perjalanan ke lokasi kemalangan menjadi 20 minit, tapi lain jadinya.
"It did not (tidak berjaya sampai dalam 20 minit). Kenapa? Salahkan sikap tidak bertanggungjawab pemandu di Malaysia yang menggunakan lorong kecemasan," kata petugas tersebut.
Katanya, walaupun siren ambulans berbunyi, pemandu di lorong kecemasan 'buat pekak' dan tidak berganjak.
"Ini bukan kali pertama dialami oleh petugas kecemasan, tapi ini adalah yang paling teruk.
"Ketibaan ambulan bantuan telah dilewatkan selama 60 minit," luahnya kesal.
Selain perkongsian foto, petugas tersebut juga memuat naik sebuah video yang menunjukkan pengguna jalan raya menyalahgunakan lorong kecemasan ketika kejadian.
"Kepada semua pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan lorong kecemasan hari ini, bayangkan jika mangsa kemalangan adalah ahli keluarga atau saudara anda.
"Adakah anda akan buat perkara yang sama? (menyalahgunakan lorong kecemasan)
"Semoga mangsa kemalangan sampai ke hospital tepat pada masanya dan Tuhan rahmati mereka," akhiri beliau.
Gambar dan video yang memperlihatkan tindakan pengguna jalan raya yang menggunakan lorong kecemasan mendapat kutukan netizen di laman sosial.
Cadangan kepada KKM utk melengkapkan setiap ambulance dgn camera di dashboard agar setiap pemandu degil menghalang ambulance akan di saman menerusi camera tersbt oleh pihak PDRM...
Salam maaf boleh saya mncelah sdikit sy nk brtanya apakh jenis kecemasan ketika brada Di situasi ini (jem) yg mmbolehkn utk kita mngunkn laluan kcemasan? Sy rsa slain kmalangan jalan raya, hendak bersalin pon boleh menggunakan laluan kcemasan, kalau ada org tu sdang menghidap batu karang kmudian nk terkencing sgt kalau ditahan boleh mnyebabkan btu karang yg sgt parah, mklumla kita x thu yg akan ada jem yg teruk dihadapan, saya rsa x salah utk mreka mngunakan laluan kcemasan, dn mcam2x jnis kcemasa lh bagi sya juga boleh mngnakn laluan kcemasan.. Bagi yg tidk mngukan laluan kcemasan ini yela x kene ke anak kita, mak kita ke, bagus la krana anda tdk mngambil ksempatan keatas laluan kcemasan tersebut dn sbab tu bila kita tngok 3 link penuh dgn kereta bermakna masih byk knderaan yg melaui laluan yg betul krana ia tahu yg ia xde msalam smpi perlu mngunakan laluan kcemasan tersebut, nk dibandingkn dgn kenderaan yg mngunakan laluan kcemsan dgn hnya 1 link yg digunakn kadang byk la juga tpi x sebnyank dgn kenderaan di 3 link yg betul ni ibarat seperti 10:1 so logic la kalau sy kata yg : 1 ni semuanya sedang mnghadapi kcemasan yg sama sprti dgn mangsa kmalangn moto tdi cuma bezanya dia di luar dn yg lain sedng dihadapi ketika mreka di dlm kereta, korang xthu ke entah2x ada yg tiba2x kne sawan babi ke entah ke yg tngh sesak nafas lemah jntung ke kita xthu yg jadi msalahnya skang ni kendraan yg mngikuti link yg betul pda baris yg ketiga mmblok kan lagi laluan kecemasan utk menyukarkn lagi pergerakan bg kenderaan yg cemas ni, awak yg xde masalah ni spatutnya membuka lagi ruang utk memudhkn bagi mereka yg sedang mnghdapi kcemasan ini spaya slamat smpi ke atlis R&R berdekatan, cuba lihat pda gmbr diatas walapn mereka jugak sedang menghdapai msalah mereka tetap mengutamakn pda ambulance utk mnyelamatkn kemalangan dihadapan dgn msuk ke link yg betul semula tetapi tidak diberi dgn mudah bg knderaan yg mengikut link yg betul dari tadi kononya awak dh Q kreta lain pastu nk msuk sesuka hati link depan aku ha.. nah skang rsakan kau biar org tngok awak dh memblok atau menykarkn lagi tugas ambulance atas sebab memotong Q tadi. Jdi ape yg nk ditekan kan disini adalah mentaliti seperti ini lah yg harus kita hindarkn krana sikap seperti ini sbenarnya menyebabkn keadaan bertambah lebih sesak dn sukar, bagi sy semua pemndu mempunyai akal normal dn waras dn mereka tahu laluan itu adalh laluan utk kcemsan shja so skiranya ada juga yg melakuknya pasti sebab ia benar2x memrlukanya, manusia x semuanya perfect, sy harap kepda pembaca semua dpt memahami atas ape yg dijelaskan oleh saya dgn memuhasabah diri spaya mentaliti yg mngecewakan ini tidak berlaku pada kita sekian trima kasih dn wassalam...