Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 28, 2016

ELAK MASUK KAWASAN LARANGAN TNB


TNB


Kuala Lumpur - Ibu bapa diminta untuk memantau pergerakan anak mereka supaya tidak memasuki kawasan larangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika musim cuti persekolahan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

TNB dalam satu kenyataan hari ini berkata notis makluman berkaitan potensi risiko kejutan elektrik jika menceroboh pencawang atau pepasangan perlu sentiasa dipatuhi.

"Sehubungan itu, kanak-kanak adalah dilarang bermain di kawasan dimana notis tersebut dipasang.

"Kanak-kanak juga dilarang menghampiri atau memegang kabel yang putus akibat pokok tumbang terutama ketika hujan," menurut kenyataan itu.

Selain itu, menurut kenyataan itu aktiviti memancing di kolam atau tasik berhampiran talian bervoltan tinggi juga perlu dihindari.

"Jangan melempar alatan logam berdekatan pepasangan atau menara talian elektrik," menurut kenyataan itu.


0 comments:

share2