Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 6, 2016

[BERA] MANGSA LEMAS DIJUMPAI DI SUNGAI PAHANG


Mangsa lemas dijumpai di Sungai Pahang


Lelaki yang dipercayai lemas di Sungai Pahang dekat Kampung Guai semalam, berjaya ditemui pasukan penyelamat kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Triang, Mohd Rashidi Mohd Isa berkata, mangsa, Ehsan Mat, 47 dijumpai pada jarak dua kilometer dari lokasi mangsa dipercayai tenggelam.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Saifuddin Ibrahim memberitahu, aktiviti mencari etak kerap dilakukan penduduk di sini sejak sungai itu cetek akibat El-Nino.

Katanya, orang luar juga datang ke sini untuk melakukan aktiviti yang sama.

"Bagaimanapun, orang sini sudah faham dengan keadaan sungai dan tahu samada kawasan itu ada pasir jerlus atau tidak.

"Jadi, saya harap, sesiapa dari luar kampung dan tidak arif dengan keadaan sungai yang mahu cari etak, kalau boleh dapatkan nasihat dari orang tempatan supaya kejadian seperti ini tidak berulang," katanya.


0 comments:

share2