Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 26, 2016

BARU 10 TAHUN TAPI BERAT MELEBIHI 140 KILOGRAM


Obesiti


Jakarta – Seorang budak lelaki berusia 10 tahun kini menderita masalah obesiti luar biasa yang menyebabkan berat badannya mencecah 140 kilogram.

Keadaan fizikal Arya Permanana yang luar biasa itu menyebabkan kanak-kanak berkenaan sukar bergerak dan menguruskan dirinya.

Lebih malang lagi, Arya terpaksa berhenti sekolah kerana cepat letih dan tidak mampu berjalan jauh.

Menurut bapanya, anaknya dilahirkan normal, tetapi sering mengalami masalah membuang air besar ketika bayi.

Katanya, Arya tidak mempunyai selera luar biasa dan makan seperti kanak-kanak normal, tetapi berat badannya tetap meningkat dengan mendadak.

“Berat badan Arya mula naik mendadak ketika dia berusia sembilan tahun dan kini beratnya mencecah 140 kilogram.

“Sebelum ini anak saya mampu bersekolah dan dia pelajar pintar,” katanya.


0 comments:

share2