Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 26, 2016

AWIE, RAKAN ARTIS BAKAL ANJUR PROGRAM AMAL BANTU YAZIT


awie


Sebelum ini, Awie pernah mengeluarkan kenyataan agar ahli-ahli Search bermuhasabah dan mengetepikan ego masing-masing kerana pengasas kumpulan rock itu, Yazit sedang sakit dan muzik hanyalah satu-satunya sumber pencariannya.

Konflik antara mereka timbul setelah Yazit mendakwa tidak menerima wang pendahuluan ‘Konsert Search 35 tahun’ sehingga perkara itu dilaporkan ke balai polis.

Susulan itu, Amy ada membuat satu penafian tentang dakwaan dia dan ahli-ahli Search yang lain mengabaikan Yazit sepanjang enam tahun menerima rawatan di hospital.

Amy juga mengakui tidak akan menganjurkan konsert amal bagi membantu Yazit kerana ia bukanlah satu keperluan.

Terbaharu, Awie pula menyatakan bahawa dia dan kumpulan Wings akan memberi bantuan kepada pemain dram kumpulan Search itu.

“Kami sebagai rakan yang sudah lama mengenali Yazit ingin membantunya. Sekarang timbul masalah membabitkan dia dan kumpulan Search. Bukan sahaja kami (Wings), malah ada beberapa artis lain dan pelawak lain akan turut menyertai program amal ini nanti” katanya kepada Harian metro.

“Kami sudah lama nak buat perkara ini bagi membantunya, tetapi belum dapat dilakukan. Rakan yang lain juga meluahkan rasa simpati kepada Yazit.

“Kami perlu memikirkan idea yang terbaik untuk memastikan program amal tersebut berjaya”,katanya.

Tambah Awie, perancangan perlu dilakukan dengan teliti agar program tersebut tidak dinilai sebagai program ‘syok sendiri’ dan ia turut membabitkan banyak pihak.


0 comments:

share2