Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 26, 2016

2 REMAJA DITEMUI MATI LEMAS DI SUNGAI BESAR


2 remaja ditemui mati lemas di Sungai Besar


Sungai Besar - Kelekaan dua pelajar tingkatan 2 'berkubang' dalam parit membawa tragedi memilukan apabila mereka ditemui mati lemas di Kampung Parit 4 1/2 Jalan Sungai Panjang, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, mangsa Mohd Ridzuwan Jamhari, 14, dan rakannya, Muhammad Salman Rahmat, 14, dijumpai anggota bomba kira-kira sejam selepas itu di parit berkenaan.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.31 petang.

"Kami tiba ke lokasi kejadian pada jam 5.39 petang bersama lima anggota ke lokasi kejadian," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Sani memberitahu, pihaknya menemui mangsa pertama, Mohd Ridzuan pada jam.5.50 petang, manakala mangsa kedua ditemui tiga minit selepas itu," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mayat remaja lelaki itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk dibedah siasat.


0 comments:

share2