Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 21, 2016

SEKOLAH DI JERANTUT, TEMERLOH TUTUP ESOK




Kuantan : Semua 163 sekolah di daerah Jerantut dan Temerloh ditutup sehari lagi esok berikutan cuaca panas melampau di kawasan terbabit.

Pengarah Pendidikan Pahang, Datuk Rosdi Ismail berkata, suhu di dua daerah berkenaan hari ini masih tinggi iaitu antara 37.4 darjah Celsius hingga 38.5 darjah Celsius.

"Sebelum ini, sekolah di daerah terbabit diarahkan tutup dua hari iaitu pada Rabu dan Khamis.

"Arahan ini membabitkan 48 sekolah rendah dan 17 sekolah menengah di daerah Jerantut. Jumlah murid dan pelajar pula ialah 11,154 murid sekolah rendah dan 7,401 pelajar sekolah menengah.

"Bagi daerah Temerloh pula, 69 sekolah rendah dan 29 sekolah menengah diarahkan ditutup esok membabitkan 16,799 murid dan 13,291 pelajar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


0 comments:

share2