Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 24, 2016

PROFESOR UNIVERSITI DIBUNUH DENGAN PARANG


Siddique


Bangladesh – Seorang profesor di sebuah universiti tempatan mati dibunuh dan dipercayai berkaitan dengan kes pembunuhan beberapa blogger sekular dan aktivis atheist sejak beberapa bulan lalu.

AFM Rezaul Karim Siddique, 58, merupakan seorang profesor Bahasa Inggeris di Universiti Rajshahi yang terletak di bahagian barat negara berkenaan.

Menurut laporan BBC, mangsa berkenaan diserang dengan menggunakan parang oleh individu yang tidak dapat dikenal pasti ketika sedang dalam perjalanan ke universiti tersebut.

Tahun lalu, empat orang blogger sekular yang menonjolkan diri mereka telah mengalami nasib sama apabila dibunuh dengan menggunakan parang.

Timbalan Pesuruhjaya Polis, Nahidul Islam memaklumkan kepada agensi berita bahawa Siddique sebelum ini turut terlibat dalam program-program kebudayaan serta menubuhkan sebuah sekolah di Bagmara yang merupakan bekas kubu kumpulan yang diharamkan iaitu Jamayetul Mujahideen Bangladesh (JMB).

Pada akhir tahun lalu, ahli-ahli JMB telah ditangkap berikutan serangan ke atas seorang paderi Katolik.

Empat orang blogger yang dibunuh pada tahun lalu juga turut tersenarai dalam senarai blogger atheist yang dikeluarkan oleh kumpulan-kumpulan Islam pada tahun 2013 dan diedarkan secara meluas.

Sebelum ini, kumpulan militan negara Islam (IS) memaklumkan bahawa pihaknya telah melakukan banyak serangan di negara berkenaan namun kesahihan perkara itu masih belum dapat disahkan.

Bangladesh sebelum ini mengesahkan secara rasmi bahawa mereka merupakan negara sekular namun kerajaan masih gagal untuk menangani serangan yang berlaku.


0 comments:

share2