Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 24, 2016

[BENTONG] PENDAKI GUNUNG RAJAH DISAMBAR PETIR


Pendaki Gunung Rajah disambar petir


Seorang pendaki dipercayai cedera parah selepas dipanah petir ketika mendaki Gunung Rajah di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Zainal Abidin Nong Chik berkata, berdasarkan laporan awal kejadian yang pada kira-kira pukul tiga petang itu berlaku ketika mangsa berada kira-kira 21 kilometer daripada pintu hidro yang merupakan lokasi permulaan pendakian.

"Kita mendapat maklumat mangsa yang berusia 27 tahun terkena petir ketika sedang mendaki antara Lata Naning dan Kem Batu Hijau.

"Kira-kira 35 kekuataan daripada pelbagai agensi yang terlibat dalam operasi ini, " katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Zainal berkata, pendaki terbabit merupakan kumpulan pendaki yang terdiri daripada 10 hingga 15 orang.

Menurutnya, pihaknya masih mengenalpasti identiti kumpulan berkenaan.

Dalam pada itu beliau memberitahu seramai tiga pasukan telah digerakkan ke tempat kejadian bermula pukul 4.20 petang.

"Kita akan berusaha sedaaya upaya ke tempat pendakian kerana jaraknya sejauh 21 kilometer yang memerlukan kira kira enam jam pendakian.

"Kepada keluarga mangsa mereka tidak perlu bimbang kerana kita akan berusaha sedaya upaya menurunkan mangsa ," katanya.


0 comments:

share2