Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menyifatkan idea projek ‘Impian Sarawak’ yang dibawa oleh parti DAP untuk penduduk luar bandar hanyalah untuk mengelirukan rakyat.
“Bak kata orang kampung saya, eksen ajak (hanya berpura-pura),” katanya
Katanya lagi, projek tersebut hanyalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memberi gambaran kepada orang ramai bahawa mereka mengambil berat terhadap keperluan rakyat.
“Kami mendapati bahawa ianya hanya sebahagian daripada usaha mereka. Sebahagian daripada projek-projek ini ternyata menampakkan hasil yang tidak memuaskan dan kerajaan perlu membaiki kerosakan yang dilakukan.”
"Mereka membuat tuntutan membina jalan yang 10 kali ganda lebih daripada apa yang mereka sebenarnya lakukan. Pada beberapa jalan raya yang lain, mereka hanya melakukan kerja-kerja penurapan ,"katanya
Beliau berkata sedemikian semasa sesi bertemu media di Dewan Undangan Negeri (lama) semalam.

0 comments:
Post a Comment