
Mexico City - Seorang pekerja pelantar minyak bertindak menyaman syarikat pelantar minyak tempat dia bekerja kerana gagal mengambil tindakan selepas maruah dirinya tercemar dalam satu kejadian pada 2015.
Menurut laporan CNN, seorang pekerja wanita yang menggelar dirinya Jane Doe mendakwa dirakam penyangkut baju yang mengandungi kamera pengintip ketika bekerja di pelantar milik Deepwater Invictus pada Ogos 2015.
Selepas empat hari dirakam, 'penyangkut baju' tersebut hilang dan ditemui di bilik seorang lagi pekerja wanita.
Jane dan pekerja wanita berkenaan bertindak membuka 'penyangkut baju' tersebut dan mendapati terdapat sebuah kamera dan kad memori yang mengandungi rakaman mencemarkan maruahnya.
Selepas mengadu kepada pengurus, Jane diberitahu bahawa rakaman tersebut tidak wujud dan dia dihantar pulang ke rumahnya di Houston, Amerika Syarikat.
Jane dan peguamnya kemudian bertindak mengadu kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) kes tersebut kini disiasat.
Jane yang merupakan seorang pekerja berdedikasi dalam bidang carigali minyak memberitahu dia tidak akan kembali bekerja dalam bidang tersebut.

0 comments:
Post a Comment