Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 5, 2016

BAUCAR BUKU: KPT SENARAI HITAM EMPAT PEKEDAI


BB1M


Shah Alam - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa sehingga kini seramai empat pekedai telah disenarai hitam berikutan daripada pelanggaran peraturan dalam program Baucer Buku 1Malaysia (BB1M).

Difahamkan, pihak KPT sedia maklum dengan tindakan segelintir pekedai dan pelajar dalam pelanggaran peraturan program BB1M seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar pada minggu lalu

Buat masa ini, pihak kementerian akan terus melaksanakan tindakan pemantauan termasuklah melalui cara penyamaran.

Maklumat yang diperolehi akan digunakan untuk melakukan siasatan lanjut sebelum keputusan dibuat untuk menyenarai hitam pekedai dan pelajar yang terbabit.

Disamping itu, kementerian mengalu-alukan maklumat dari mana-mana pihak yang boleh membantu penguatkuasaan dan penyiasatan dilakukan untuk membenteras penyalahgunaan yang berlaku.


0 comments:

share2