Kuching - Hadiah paling berharga bagi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem adalah kemenangan besar BN pada pilihan raya negeri ke-11 (PRN ke-11), kata Menteri Muda Pembangunan Industri (Pelaburan dan Promosi Sarawak), Datuk Julaihi Narawi.
Beliau memberitahu seminar persediaan PRN ke-11 bagi kawasan Dun Sebuyau dan Beting Maro di sini hari ini, Adenan memerlukan mandat yang besar untuk melaksanakan pelbagai program transformasi, dengan tumpuan khusus kepada pembangunan luar bandar.
Adun Sebuyau itu berkata, selain memperoleh kemenangan besar untuk kekal memerintah Sarawak bagi tempoh lima tahun akan datang, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu juga perlu mencapai kemenangan besar untuk kekal sebagai parti tulang belakang BN di negeri ini.
Sementara itu, Adun Beting Maro, Razali Gapor yakin BN mampu meraih majoriti undi yang lebih besar pada PRN akan datang.
Katanya, pemimpin dan anggota BN, khususnya dalam PBB di peringkat akar umbi, kini lebih bersatu untuk berhadapan dengan cabaran pembangkang.
"Dalam tempoh lima tahun, kita telah bekerja keras untuk menyatukan semula pemimpin serta ahli PBB dan sekarang saya boleh bangga menyatakan bahawa kedudukan kita lebih kukuh," katanya.
0 comments:
Post a Comment