Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 26, 2016

NENEK MAHU PAMPASAN SELEPAS DILANGGAR KERETA MAINAN




Hanya dilanggar kereta mainan tetapi reaksi wanita ini begitu keterlaluan, seolah-olah dilanggar oleh kereta sebenar.

Kejadian berlaku di Changde, China, apabila wanita itu dilanggar kereta mainan yang dipandu oleh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Wanita itu kemudiannya duduk di depan kereta itu dan sambil disaksikan oleh ibu bapa kanak-kanak terbabit serta orang ramai, dia telah mengamuk.

Dia mahu menuntut wang pampasan dengan alasan kereta itu dipandu dengan laju tanpa lesen di kaki lima.

Pada masa sama kanak-kanak perempuan itu kelihatan terpinga-pinga.

Video kejadian itu telah dirakamkan dan selepas dimuatnaik dalam media sosial, pelbagai reaksi diterima dengan ada yang melahirkan simpati kepada wanita berkenaan dengan alasan dia cedera.

Tidak kurang pula yang menyifatkan wanita itu hanya menipu semata-mata mahu mendapatkan wang.

Tidak diketahui bagaimana kejadian itu berakhir dan sama ada wanita terbabit menerima pampasan daripada ibu kanak-kanak terbabit atau tidak.


0 comments:

share2