Viral di laman sosial beberapa hari lalu, apabila TMJ atau Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membeli cenderahati untuk pengasas produk kecantikan ‘Qu Puteh’ Dato Seri Vida.
Ia dibeli baginda sewaktu dalam lawatan rasmi sambil bercuti di Barcelona, Sepanyol baru-baru ini.
Rata-rata sudah sedia maklum bahawa, Dato Seri Vida yang juga merupakan orang kuat dalam pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warrior (PQPTRW) sinonim dengan warna merah jambu.
Bukan itu sahaja, TMJ juga membeli beberapa cenderahati untuk tiga pasukan lain, selain PQPTRW, iaitu seekor seladang untuk pasukan Perak, seekor gajah untuk pasukan Pahang dan seekor kucing untuk pasukan Sarawak.
Datuk Seri Vida melalui laman Instagram miliknya turut memberikan reaksi terhadap video yang dimuat naik oleh TMJ itu.
“Hai sayang… TQ kepada yang telah share video ni… Cenderahati kipas PINK dari Sepanyol..
Suatu ingatan TMJ pada Pamoga Qu Puteh TRW…
“InsyaAllah saya akan ke Real Madrid.. Barcelona… MU… 14 Mac ni.. Bersama Astro.. TQ TMJ..,” tulis Datuk Seri Vida di laman Instagramnya bersama video TMJ berkenaan.
Ternyata, walaupun masing-masing merupakan ‘musuh’ apabila berada di atas padang, namun ia sekadar ‘musuh’ ketika perlawanan sahaja dan tiada persengketaan antara kedua-dua pemilik pasukan bola tempatan ini.
Sepatutnya inilah yang harus dicontohi oleh penyokong-penyokong pasukan bola tempatan. Tiada persengketaan atau pergaduhan yang timbul walau pada hakikatnya diatas padang mereka adalah lawan.
Insiden tolak menolak dan pergaduhan dalam kalangan penyokong bagi setiap pasukan memburukkan imej bola sepak tanah air dan ianya tidak membantu dalam memajukan arena bola sepak tempatan.
hahahahahahha....good one TMJ!!!!