Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 24, 2016

ISU BANGLO GUAN ENG: SPRM TERIMA LAPAN ADUAN


Azam Baki


Shah Alam – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima sebanyak lapan aduan daripada pelbagai pihak berhubung isu pembelian banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pengarah Siastan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, bagi membolehkan siasatan dijalankan secara menyeluruh, pihaknya telah memanggil beberapa saksi serta mengambil dokumen-dokumen yang berkaitan dengan isu terbabit.

“SPRM juga menerima banyak pertanyaan antaranya ialah bilakah keterangan daripada Guan Eng akan diambil.

"Keterangan beliau akan diambil setelah saksi-saksi selesai memberikan keterangan malah ia juga bergantung kepada keadaan selepas dokumen-dokumen yang diperoleh diteliti dan keterangan saksi diambil,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Azam memaklumkan bahawa Guan Eng boleh mengadakan pertemuan dengan SPRM pada bila-bila masa sekiranya beliau bersedia dan mahukan siasatan berhubung isu itu disegerakan.

Azam berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa SPRM akan menjalankan tugas dengan bebas dan telus sebagaimana kes-kes lain yang disiasat sebelum ini.

Sebelum ini sebuah portal melaporkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya mengaitkan pembelian rumah Ketua Menteri itu dengan penjualan tanah kerajaan negeri yang dijual pada tahun 2012.

Selain itu,Guan Eng dalam kenyataan sebelum ini turut mendakwa tuduhan berkaitan rasuah oleh Shahbudin di Dewan Rakyat sebagai tidak berasas.


0 comments:

share2