Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 24, 2016

ISTERI P BALA NAFI KENA BELI SELEPAS DIBANTU


 Isteri PI Bala nafi kena beli selepas dibantu


Rawang - Balu Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam, A Santamil Selvi menafikan beliau dipengaruhi oleh mana-mana pihak untuk menarik kes mahkamah tuntutan kerugian berhubung kematian suaminya.

Santamilselvi berkata, pihaknya terguris dengan dakwaan segelintir pihak bahawa dia telah dibeli oleh BN selepas diberikan bantuan menyara kehidupan.

“RM21,000 tak cukup untuk menutup mulut saya. Saya dapatkan bantuan daripada NGO bukannya daripada BN.

“Ianya untuk tujuan kos pendidikan anak-anak saya, dua daripadanya di kolej dan seorang lagi di sekolah menengah. Saya perlukan RM9,500 untuk yuran kolej anak saya dan RM800 sebulan untuk tuisyen anak bongsu saya,” katanya.

Katanya, keputusan menarik tuntutan adalah atas kerelaan sendiri tanpa dipaksa atau dihasut oleh mana-mana pihak.

“Perkara itu telah dicadangkan sendiri oleh peguam kes, Americk Singh Sidhu yang merupakan kawan kepada Balasubramaniam yang sebelum ini tidak pernah membincangkan berkaitan pembayaran yuran guaman.

“Saya ingin meneruskan kehidupan bersama anak-anak dengan tenang. Bantuan yang diterima bukan untuk menutup mulut tetapi bagi tujuan pendidikan anak-anak,” katanya.

Katanya, dia turut mengucapkan terima kasih kepada Kolej Syuen yang memberikan biasiswa kepada anak keduanya, B Managa, 18.

Santamil Selvi ditemui di rumahnya selepas menerima sumbangan daripada Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) yang disampaikan oleh presiden dan timbalannya berjumlah RM21,050.

Timbalan Presiden PMSP, Zakwan Hafiz Ahmad Ansari berkata, sumbangan diserahkan adalah hasil kutipan daripada orang ramai bagi menunaikan janji membantu membiayai pendidikan anak-anak PI Bala.

“Sumbangan masih dibuka bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan bagi mengurangkan beban balu Balasubramanian yang menghadapi masalah kewangan sejak suaminya meninggal dunia.

“Kita akan bantu yang termampu dan menggunakan pelbagai saluran di bawah kementerian bagi memastikan keluarga tersebut tidak terabai dan hidup tenang tanpa campur tangan politik,” katanya.


0 comments:

share2