Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 10, 2016

[CAMERON HIGHLAND] MENTERI BESAR PAHANG RESMI PROGRAM KELESTARIAN TADAHAN SUNGAI BERTAM



Menteri Besar Pahang DSDR Adnan Yaakob merasmikan Program Kelestarian Tadahan Sungai Bertam di Padang Awam Tanah Rata Cameron Highland padi tadi.

Asas kepada program berkenaan adalah bagi mengenalpasti beberapa perkara antaranya adalah mengenalpasti kawasan rizab sungai, mengenalpasti aliran sungai, kawasan-kawasan mudah berlaku banjir dan menjaga kualiti air.

Menurut beliau dalam sidang akhbar yang diadakan sejurus selepas perasmian program berkenaan, kualiti air di Sungai Bertam sudah bertambah baik dan berada di tahap 2 yang sebelumnya adalah ditahap 3.

Air sungai sudah kelihatan bertambah jernih dari sebelumnya dan ini adalah kerana ketiadaan penerokaan haram baharu. Secara keseluruhannya kualiti air sungai Cameron Highland berada di tahap ke-2 dari tahak 3 dan 4 sebelum ini.

Ini berlaku sejak Kerajaan Persekutuan campurtangan dalam memberikan bantuan kepada perlaksanaan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah secara haram. Bagaimanapun, pembukaan tanah bagi tujuan pertanian khususnya kepada individu-individu yang bergantung hidup kepada industri pertanian adalah diberikan kelonggaran demi menyara keluarga mereka.



0 comments:

share2